Isnin, 18 Januari 2021

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER


IKMAL 197345

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semua pembaca yang setia berkaitan senarai kandungan sepanjang pembelajaran saya dalam subjek BBN3402 Penterjemahan Berbantukan Komputer ini. Oleh itu, saya sudah menyenaraikan kesemua isi kandungan bagi subjek ini di bawah penulisan saya ini. Selain itu, saya juga akan berkongsi kepada pembaca semua tentang seribu satu pengalaman saya sepanjang belajar dengan Prof Dr Normaliza Abd Rahim atau lebih dikenali semua sebagai Prof N. Baiklah, mari kita mulakan. Belajar dengan Prof N ni memberikan saya banyak sangat pengalaman dan permainan emosi yang kadang-kadang boleh dikatakan kurang stabil. HAHAHA. Prof N sememangnya terkenal dengan memberi kerja yang sangat banyak sehingga kadang-kadang rasa macam nak nangis je tengok semua tugasannya. Tipulah kalau tak penat belajar dengan Prof N ni sebab ye la, banyak sangat kerja. NAMUN, yakin dan percayalah bahawa kesemua tugasan yang diberikan oleh Prof N ni sangat-sangat membantu para pelajarnya agar mudah mendapat pekerjaan. Percayakah anda semua, disebalik muka Prof N yang garang dan sikapnya yang suka memarahi pelajar, dia juga merupakan seorang yang berperwatakan kelakar. Saya selalu ketawa terbahak-bahak apabila Prof N membuat lawak di dalam kelas. Salah satu lawak Prof N yang saya sangat suka ialah "Doktor? Siapa doktor? Ada doktor ke dalam kelas saya ni? Siapa yang sakit?". Itulah dialog Prof N setiap kali pelajarnya memanggil beliau dengan gelaran DR. Hal ini demikian kerana Prof N hanya terima jika pelajarnya memanggil beliau Prof sahaja. Sungguh kelakar Prof N ini. Selain itu, Prof N juga merupakan seorang pensyarah yang sangat pemurah dan mudah untuk membuat rundingan. Semoga ada masa nanti, kita akan berjumpa lagi. Saya sangat seronok mengambil subjek BBN3402 ini. Prof memberikan saya banyak sangat pengalaman dan pengajaran walaupun Pdp kali ini hanya dibuat secara dalam talian. Namun, saya semestinya tidak akan dapat sambung belajar dengan Prof lagi kerana Prof N akan bersara pada tahun 2021. Saya merasakan bahawa perkara ini tidak adil kerana sepatutnya, junior juga perlu dapat pengalaman dimarah oleh Prof N juga. Junior juga perlu rasa bagaiman "stressnya" membuat segala tugasan Prof N. Namun, apa boleh buat, semuanya berjalan seiring dengan waktu. Tahun 2021 perlu menjadi tahun di mana Prof N perlu berehat. Selamat berehat Prof. Selama 2 sem saya belajar dengan Prof, banyak sangat ilmu yang saya dapat. Saya juga dapat banyak pengalaman yang membatu saya untuk dapat pekerjaan dengan mudah, in sha Allah. Halalkan segala ilmu yang Prof berikan kepada saya ye dan saya juga minta maaf di atas segala kesalahan saya. Semoag kita akan bertemu pada masa akan datang. Selamat berehat Prof!!!! Assalamualaikum.

MINGGU 1: EXCEL

MINGGU 2: EXCEL

MINGGU 2: CERITA SOSIAL

MINGGU 3: EXCEL

MINGGU 3:PUISI

MINGGU 4: EXCEL

MINGGU 4: ALIM

MINGGU 4: PRAKATA & BAB 1

MINGGU 5: EXCEL

MINGGU 5: JADUAL EDITED

MINGGU 5: JADUAL CLEAN

MINGGU 6: PROF DI UK

MINGGU 6: UJARAN EDITED

MINGGU 6: UJARAN CLEAN

MINGGU 6:  TESIS

MINGGU 7: QUOTATION

MINGGU 7: EXCEL

MINGGU 8:BERITA AWANI

MINGGU 8: TWITTER

MINGGU 8: TESIS

MINGGU 9: QUOTATION (2)

MINGGU 9: CERITA PENDEK

MINGGU 9: TESIS BAB 1

MINGGU 9: WACANA

MINGGU 10: RESIPI (1)

MINGGU 10: RESIPI (2)

MINGGU 10: RESIPI (3)

MINGGU 10: RESIPI (4)

MINGGU 10: QUOTATION (3)

MINGGU 10: TESIS MASIHKAH KAU INGAT?

MINGGU 11: QUOTATION (4)

MINGGU 11: HURAIAN TESIS

MINGGU 11: ASAS GRAFIK

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (1)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (2)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (3)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (4)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (5)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (6)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (7)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (8)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (9)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (10)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (11)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (12)

MINGGU 11: TERJEMAHAN VIDEO (13)


KEHADIRAN:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...