Ahad, 3 Januari 2021

BBN3402Satu2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

 TERJEMAHAN JOM TULIS TESIS

MOHAMAD AKHMAR IKMAL BIN HISHAMUDDIN 
197345

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (Copy paste) daripada artikel atau buku)

Tesis haruslah ditulis dengan menggubakana ayat sendiri. Pelajar tidak boleh menyalin semula ayat tersebut daripada artikel atau buku sebijik-sebijik.

2 Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

Sebelum menghantar tesis, penulis haruslah menggunakan turnitin atau tool yang lain dahulu untuk mengelak daripada membuat kesalahan.

3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

Rujukan yang dibuat haruslah daripada rujukan yang paling utama iaitu asli dan bukannya daripada rujukan sekunder iaitu daripada penulis yang bukan asli.

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dilakukan (minimum 50 artikel)

Pelajar sesuatu tesis haruslah banyak membaca banyak daripada banyak sumber untuk mempelbagaikan ilmu pengetahuan.

5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

Pelajar tesis haruslah menghadiri pelbagai seminar atau persidangan yang memberikan pendedahan berkaitan tesis untuk mempelbagai ilmu pengetahuan.

6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana bukan pakar dalam bidang.

Pelajar haruslah sentiasa merujuk dan berbincang dengan penyelia yang sudah ditentukan. Penulis tidak boleh teralu merujuk kepada pelajar lain kerana pelajar lain juga kurang ilmu pengetahuan berbanding ilmu yang dimiliki oleh penyelia. 

7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10-12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman)

Jumlah halaman telah ditentukan. Oleh itu, kita haruslah sentiasa menepati dan memenuhi halaman yang telah ditentukan tersebut.

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

Keseluruhan muka surat tesis yang dibuat oleh pelajar haruslah mengikut syarat minimum dan maksismum yang telah ditentukan. Jangan terlalu banyak dan jangan pula kurang daripada yang telah ditentukan.

9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian

Seorang pelajar yang bijak haruslah sentiasa membuat pelbagai perancangan untuk ke arah kebaikan dan kejayaan. 

RUJUKAN: NORMALIZA ABD RAHIM (2019). JOM TULIS TESIS. SERDANG: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


BUKTI KEHADIRAN:





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...