Jumaat, 6 Mac 2020

BBM3014Satu2020: Asas Grafik

ASAS GRAFIK

Menurut Normaliza Abd Rahim, elemen asas grafik terbahagi kepada 5 . Elemen tersebut ialah mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Kesemua elemen ini penting  dalam penyampaian mesej berbentuk grafik.

Elemen yang pertama ialah mudah. Mudah merupakan elemen penting kerana ianya bagi memudahkan seseorang untuk membuat gambaran sama ada dalam bentuk video mahupun foto. Mudah membantu seseorang untuk menerangkan sesuatu gambar tanpa kekeliruan.

Elemen yang kedua ialah warna. Warna juga sangat penting bagi sesuatu gambar atau video untuk menceriakan dan menyamoaikan sesuatu mesej. Sesuatu grafik yang baik dan cantik haruslah tidak mempunyai lebih daripada 3 warna. Tanpa warna, sesuatu grafik akan dilihat kusan dan tidak ceria.

Elemen yang ketiga ialah teks. Teks merupakan  bentuk atau saiz sesuatu font di dalam foto atau video. Dengan adanya teks, ianya sangat membantu seseorang untuk menerangkan tentang gambar. Selain daripada itu, warna sesuatu teks juga penting untuk mencantikkan gambar.

Elemen yang seterusya ialah kesesuaian. Kesesuaian merupakan jenis grafik sama ada sesuai dengan latar-latar tertentu seperti latar tempat, latar masa dan latar watak. Setiap latar haruslah sesuai digunakan apabila digabungkan dan mencantikkan antara satu sama lain di dalam foto atau video.

Elemen yang terakhir ialah keseimbangan. Keseimbangan erujuk kepada kesiambangan ruang dalam setiap foto atau video. Ruang tersebut merupakan ruang kiri, kanan, atas dan bawah. Setiap grafik haruslah seimbang beratnya untuk mendapatkan grafik yang cantik.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim(2019), Multimedia dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...