Khamis, 13 Februari 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 CARA MENULIS BLOG DENGAN BAIK.

  1. . Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
  2. . Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
  3. . Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
  4. . Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
  5. . Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
  6. . Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
  7. . Dapat dibaca dan difahami.
  8. . Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
  9. . Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
  10. . Berilmu untuk penulisan pendidikan.

ULASAN
Membuat sebuah blog bukanlah sesuatu perkara yang kecil. Jika kita ingin membuat sesuatu blog, kita seharusnya mempunyai sifat bertanggungjawab bagi memastikan blog yang dibuat bermanfaat dan memberi kesan yang baik kepada pembaca. Terdapat 10 cara yang boleh kita gunakan untuk menulis blog yang baik. Cara yang pertama ialah kita perlu memastikan tajuk blog yang dibuat dapat menarik perhatian pembaca. Tajuk mestilah relevan dan mempunyai ciri-ciri estetika yang dapat memukau pembaca. Cara yang kedua ialah blog kita haruslah mempunyai menarik yang dapat menarik hati pembaca. Kita haruslah mengetahui citarasa dan cerita yang dapat menarik hati pembaca. Cara yang ketiga ialah kita perlulah memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkan pembaca terus membaca penulisan di dalam blog kita. Cara yang berikutnya ialah kita perlu memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan untuk memastikan pembaca percaya dengan penulisan blog yang sudah kita buat. Cara seterusnya ialah kaitkan penulisan kita dengan berita terkini yang berlaku di dalam dan luar negara. Terdapat juga cara menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas, padat dan bermanfaat. Dapat dibaca dan difahami juga merupakan salah satu cara untuk menulis blog yang baik. Hal ini bermakna kita perlulah menulis dengan baik mengikut tatabahasa bahasa Melayu yang sudah ditetapkan. Seterusnya, blog yang ditulis perlulah mudah dan dapat berkomunikasi dengan pembaca dan membuat pembaca tertarik untuk membaca blog kita. Memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan kita juga merupakan salah satu cara untuk membuat blog yang baik. Cara yang terakhir ialah blog haruslah berilmu untuk penulisan pendidikanm untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.




RUJUKAN
Noraien & Normaliza. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 
Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...