Cerita pendek ini mengisahkan tentang Alim yang berasa sangat teruja untuk pulang ke kampung melawat datuk dan neneknya. Dia suka melihat suasana kampung yang aman dan tenteram. Pelbagai alam sekitar yang dapat dilihat apabila berada di kampung. Alim sangat teruja untuk bermain dengan ayam dan itik yang diternak oleh nenek dan datuknya. Namun, Alim berasa sedih kerana ayam dan itik yang diternak oleh nenek dan datuknya tiada. Rupa-rupanya, ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh atuknya. Setelah puas bermain dengan ayam dan itik, Alim telah masuk ke dalam rumah dan hairan kerana rumah tersebut tidak sama seperti dahulu. Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa. Nenek telah memujuk Alim dan menceritakan tentang perabot baharu di rumahnya. Ibu bapa, neneknya serta datuknya pelik dengan kelakuan Alim. Alim tiba-tiba menangis tanpa sebab. Namun begitu, mereka tetap membantu memujuk Alim supaya tidak menangis lagi. Akhirnya Alim berhenti menangis dan menonton televisyen bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Walaupun begitu, keadaan tersebut telah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Seterusnya, Alim ketawa bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah di dapur. Suasana kampung yang lain daripada bandar telah membantu mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga tersebut. Akhirnya mereka gembira bersama.
RUJUKAN Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan