Isnin, 17 Februari 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test

Pada 17 Februari 2019, jam 10 pagi tadi, Prof Normaliza telah membuat satu ujian secara rawak kepada pelajar-pelajarnya yang mengambil kelas Multimedia dalam bahasa (BBM3410). Ujian ini dibuat mengikut kumpulan. Jika ada salah satu ahli kumpulan menjawab soalan yang ditanya, maka seluruh ahli kumpulannya akan mendapat markah tersebut.

Kumpulan kami iaitu kumpulan 3 telah mendapat 2 markah kerana telah menjawab 2 soalan yang diberikan oleh Prof Normaliza. Soalan pertama ialah berkaitan dengan halaman keberapa yang terdapat tajuk berkaitan Asas Grafik dalam Multimedia. Ahli kumpulan kami telah menjawab pada halaman ke 71 hingga 81. Bagi soalan yang kedua pula, soalan berbentuk "Berikan salah satu elemen asas grafik dalam gambar jeti di sebelah tasik" dan telah dijawab oleh ahli kumpulan kami iaitu elemen warna. Sebagai bukti, kombinasi warna dalam gambar tersebut dilihat sangat bersesuaian. Terdapat campuran warna-warna lembut iaitu warna biru, putih dan hijau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...