Isnin, 17 Februari 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Pada 17 Februari 2019, kami telah membuat aktiviti berkaitan elemen asas grafik dalam multimedia. Bahan-bahannya ialah Mounting Board, beberapa majalah, pisau atau gunting, gam kertas, penebuk dan reben.

Pertama sekali, kita perlu membahagi ahli kumpulan kepada 3 bahagian tugas. Yang pertama menggunting huruf daripada majalah, yang kedua mencari gambar yang memenuhi 5 elemen asas grafik dan yang ketiga perlu memotong gambar mengikut ukuran yang sesuai dan menarik.

Bagi tugasan 1, ahli kumpulan perlu dipecahkan kepada 2 bahagian lagi untuk mempercepatkan kerja iaitu 1 bhagian mencari huruf dan memotong daripada buku manakala bahagian lagi satu perlu menggunting huruf menjadi kecil untuk mencantumkannya menjadi nama kumpulan, nama ahli kumpulan dan nombor matrik.

Bagi tugasan 2 pula, ahli kumpulan perlu mencari 5 elemen asas grafik dengan betul. Mereka perlu memilih dengan teliti kerana ini merupakan bahan yang terpenting untuk memastikan aktiviti ini siap mengikut objektif yang telah ditetapkan.

Bagi tugas yang ketiga, ahli kumpulan perlu memastikan gambar yang dipilih dipotong dengan kemas dan betul. Pastikan tiada cacat cela untuk mendapatkan kesempurnaan. Dalam masa yang sama, salah satu daripada mereka perlu menebuk lobak di atas mounting board menggunakan penebuk lobang. Selesai memotong dan membuat lobang, mereka juga perlu melekatkan gambar di atas mounting board. Mereka perlu pastikan tiada gelembung di atas gambar dan setiap sudut dilekatkan dengan sempurna.

Apabila masing-masing selesai membuat tugas, kami telah menyatukan semua mounting board dan mengikatnya menggunakan reben yang cantik. Akhirnya kami berjaya melaksanakan tugas dengan baik, sempurna dan menarik. Berikut merupakan beberapa gambar kami semasa membuat tugasan tersebut:

Gambar 1: Ahli kumpulan sedang sibuk membahagi tugas.

Gambar 2: Ahli kumpulan sedang memilih gambar yang bersesuaian dengan 5 elemen asas grafik

Gambar 3: Beberapa ahli kumpulan menggunting huruf yang sudah dipilih.

Gambar 4: Masing-masing sibuk membuat kerja yang sudah dibahagikan.
Gambar 5: Ahli kumpulan sedang memberi komen tentang tugasan yang sudah dibahagikan.

Gambar 6: Ahli kumpulan sedang sibuk menampal huruf di atas mounting board.

Gambar 7: Ahli kumpulan selebihnya yang sedang sibuk menampal gambar di atas mounting dengan teliti untuk mendapatkan kesempurnaan.


Gambar 8: Gambar ahli kumpulan yang gembira kerana kerja yang dibuat sudah siap dengan sempurna.

Gambar 9: 5 gambar yang memenuhi elemen asas grafik  dan 1 gambar halaman hadapan.

Gambar 10: Halaman hadapan tugasan yang terdapat nama kumpulan, nama ahli kumpulan dan no matrik ahli kumpulan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...