Khamis, 20 Februari 2020

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH-MOHAMAD AKHMAR IKMAL BIN HISHAMUDDIN



Media sosial merupakan perkara baharu untuk generasi kini. Bukan sahaja orang muda yang terlibat, malahan orang yang berusia juga terpengaruh dengan perkara ini. Media sosial mempunyai pelbagai manfaat bukan sahaja untuk berseronok, malahan juga boleh digunakan semasa di dalam kelas. Manfaat media sosial yang pertama ialah pelajar dapat mengenalpasti kesalahan yang telah dilakukan oleh penulis. Selepas mengenalpasti kesalahan, pelajar boleh membetulkan kesalahan tersebut untuk bersama-sama menggunakan bahasa yang betul. Manfaat yang kedua ialah pelajar bebas meluahkan buah fikiran mereka. Media sosial juga merupakan tempat untuk sesiapa sahaja meluahkan fikiran dan menonjolkan kreativiti kepada khalayak. Manfaat ketiga ialah media sosial dapat dijadikan sebagai salah satu platform untuk pelajar memartabatkan bahasa ke arah kemajuan. Pelajar dapat menunjukkan kepada masyarakat tentang kebaikan bahasa menggunkan media sosial yang semestinya luas rangkaiannya. Manfaat keempat ialah sesi pembelajaran di dalam kelas kan lebih cekap dan efektif. Pelajar akan cenderung untuk belajar dengan rasa seronok kerana dapat mengikut minat mereka tersendiri. Manfaat yang terakhir ialah pelajar akan lebih bermotivasi untuk belajar. Hal ini demikian kerana setiap pelajar dapat beljar dengan rasa kurang tertekan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...