Khamis, 20 Februari 2020

BBM3410Satu2020: Keluarga Tercinta





Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua pembaca. Pada hari ini, saya ingin berkongsi kepada semua pembaca berkenaan keluarga saya yang tercinta. Kami sekeluarga merupakan anak jati Johor. Keturunan kami semuanya berasal daripada negeri selatan ini tanpa campuran daripada negeri lain. Bagi saya, keluarga saya agak unik kerana nama atuk sebelah ayah saya dan atuk sebelah mak saya hampir sama iaitu Kandar dan Kandir. Ibu saya mempunyai 12 orang adik beradik manakala ayah saya mempunyai 5 orang adik beradik. Ibu saya merupakan keturunan jawa manakala ayah saya merupakan bangsa melayu.  Ayah saya bekerja sebagai peniaga pasar malam manakala ibu saya tidak bekerja. Walaupun beliau tidak bekerja, beliau merupakan suri rumah yang berjaya dan jasanya terlalu besar kepada kami sekeluarga. Saya mempunyai 5 orang adik beradik yang mempunyai pelbagai ragam. Kadangkala menyeronokkan, kadangkala menyakitkan hati. Namun, mereka sangat berharga kepada saya dan kehidupan saya. Anak pertama hingga ketiga merupakan kumbang berjasa kepada keluarga manakala anak keempat dan kelima merupakan bunga di taman yang indah. Saya merupakan anak ketiga daripada daripada lima adik beradik. Menjadi seorang adik kepada dua abang merupakan satu cabaran kerana banyak arahan yang perlu diikut dan menjadi abang kepada adik-adik perempuan bukanlah mudah kerana pelbagai tanggungjawab perlu dipikul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...