CERITA SOSIAL 2: Saya Yang Istimewa
Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim telah membeli buah-buahan kepada keluarganya. Mereka sekeluarga sangat menggemari buah-buahan tempatan. Pelbagai jenis buah tempatan telah dibeli oleh ayah Alim dan semestinya amat disukai oleh keluarganya. Ibu telah menyediakan bakul sampah untuk mereka sekeluarga membuang sampah buah-buahan yang mereka telah makan. Ibu mengingatkan mereka agar tidak membuang sampah merata-rata. Alim yang berhati mulia ingin memberikan sedikit buah-buahan mereka kepada Sulaiman, jirannya itu. Ibu telah memberi keizinan dan memasukkan buah manggis dan rambutan ke dalam plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi makanan tersebut seperti yang dilakukan oleh keluarganya sebelum ini. Semasa sedang berkemas rumah dan membuang sampah, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih dan memuji sikap Alim yang baik hati dengan riak muka yang sedih. Mak Cik Timah mendoakan kesejahteraan keluarga Alim.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

Tiada ulasan:
Catat Ulasan