Isnin, 14 Disember 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

CERITA ALIM
MOHAMAD AKHMAR IKMAL BIN HISHAMUDDIN (197345)

Nama anak bongsu Prof Normaliza ialah Alim Al-Mustaqim Billah. Dia telah dibesarkan di United Kingdom selama 6 tahun. Apabila balik ke Malaysia, dia tidak fasih berbahasa melayu. Prof Normaliza terpaksa menghantar dia pergi ke kelas tambahan untuk memperbaiki dan mengajarnya bahasa Melayu dengan fasih. Umur Alim sekarang ialah 21 tahun dan sudah menyambung pelajaran ke UITM. Sebelum masuk ke UITM, Alim merancang untuk ambil jurusan Psikologi. Namun, Prof Normaliza merasakan dia tidak sesuai kerana tidak mempunyai kemahiran mendengar. Pada suatu hari, Prof Normaliza dan Alim telah pergi ke pejabat pos untuk hantar surat. Prof mengarahkan Alim untuk pergi masuk ke pejabat pos untuk hantar surat tersebut. Setelah 15 minit, Prof Normaliza pelik kerana Alim tidak selesai lagi dengan urusan hantar surat tersebut. Jadi, Prof Normaliza telah Whatsapp Alim dan bertanya. Alim memberitahu bahawa dia tidak dapat hantar surat tersebut kerana tidak berjaya menampal setem. Dia memberitahu bahawa dia telah penat berusaha untuk mengupiknya, namun gagal. Prof Normaliza memberitahu Alim bahawa setem tersebut sudah ada gam. Hanya perlu cair air. Akhirnya, Alim berhaya menghantar surat.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...