Isnin, 14 Disember 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

PROF DI UK!
MOHAMAD AKHMAR IKMAL BIN HISHAMUDDIN (197345)

Masa Prof Normaliza belajar di United Kingdom, Prof mencari rumah yang berhampiran dengan rumah rakyat Pakistan. Hal ini demikian demi mendapatkan makanan yang halal. Masa dia tiba di UK, terdapat sebuah persatuan yang datang menyambut mereka. Apabila Prof sudah sampai, dia sangat terkejut sebab terdapat ramai orang melayu yang ada di sana. Namun, terdapat juga masalah dengan masyarakat melayu. Sebagai contoh, apabila mereka pergi ke supermarket, masyarakat melayu di sana selalu mengelak-elak untuk berjumpa. Mereka saling tidak mahu bertegur sapa antara sesama melayu. Apabila terserempak, mereka hanya pura-pura tidak kenal atau hanya sempat senyum sahaja. Kesimpulannya, kota haruslah menghargai setiap masyarakat melayu kita di negara lain. Kita juga haruslah berbangga dengan bangsa kita sendiri yang berjaya berada di sana. Namun, kita jangan terlalu berlebihan kerana rakyat negara luar kurang suka dengan kehadiran orang luar di negara mereka. Prof juga pernah dimarahi oleh salh seorang masyarakat negara UK kerana berjalan beramai-ramai. Orang UK tersebut menjerit dan berkata (back to your country)


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...