Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukannya
Saya amat menyayangi keluarga saya. Mereka merupakan insan
yang sentiasa ada di sisi saya sewaktu saya susah, senang, bersedih, gembira
dan sewaktu saya berjaya juga. Mereka meletakkan harapan setinggi gunung
untuk saya berjaya dan mengubah nasib keluarga kearah yang lebih baik. Ibu bapa
saya telah mengorbankan banyak perkara agar saya dan adik beradik yang lain berada
dalam keadaan yang selesa dan hidup senang. Mereka juga merupakan motivasi
kepada diri saya untuk terus menuju kejayaan di masa akan datang. Tanpa mereka,
siapalah diri saya pada masa ini. Saya selalu membantu keluarga saya jika
mereka berada dalam kesusahan. Saya akan mengutamakan keluarga saya dahulu
berbanding perkara yang lain seperti kawan mahupun pasangan. Mengingati perjuangan
dan pengorbanan keluarga merupakan satu keperluan yang perlu dilakukan oleh
insan yang sudah berjaya mencapai kejayaan yang mereka impikan. Sangatlah
biadap dan kurang ajar jika seseorang yang sudah berjaya, namun melupakan jasa keluarga
yang selama ini sentiasa bersamanya. Dalam islam juga kita sentiasa diingatkan
supaya sentiasa menyayangi dan mengutamakan keluarga berbanding perkara
lain. Semoga Allah sentiasa menyayangi dan merahmati keluarga kita. Marilah
kita bersama-sama berusaha membawa keluarga kita ke jalan Allah. Kita juga
perlu mencontohi keluarga Rasulullah dan para sahabat yang lain agar dapat
menjadi keluarga sakinah.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim(2014), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu