Khamis, 27 Februari 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukannya


Saya amat menyayangi keluarga saya. Mereka merupakan insan yang sentiasa ada di sisi saya sewaktu saya susah, senang, bersedih, gembira dan sewaktu saya berjaya juga. Mereka meletakkan harapan setinggi gunung untuk saya berjaya dan mengubah nasib keluarga kearah yang lebih baik. Ibu bapa saya telah mengorbankan banyak perkara agar saya dan adik beradik yang lain berada dalam keadaan yang selesa dan hidup senang. Mereka juga merupakan motivasi kepada diri saya untuk terus menuju kejayaan di masa akan datang. Tanpa mereka, siapalah diri saya pada masa ini. Saya selalu membantu keluarga saya jika mereka berada dalam kesusahan. Saya akan mengutamakan keluarga saya dahulu berbanding perkara yang lain seperti kawan mahupun pasangan. Mengingati perjuangan dan pengorbanan keluarga merupakan satu keperluan yang perlu dilakukan oleh insan yang sudah berjaya mencapai kejayaan yang mereka impikan. Sangatlah biadap dan kurang ajar jika seseorang yang sudah berjaya, namun melupakan jasa keluarga yang selama ini sentiasa bersamanya. Dalam islam juga kita sentiasa diingatkan supaya sentiasa menyayangi dan mengutamakan keluarga berbanding perkara lain. Semoga Allah sentiasa menyayangi dan merahmati keluarga kita. Marilah kita bersama-sama berusaha membawa keluarga kita ke jalan Allah. Kita juga perlu mencontohi keluarga Rasulullah dan para sahabat yang lain agar dapat menjadi keluarga sakinah.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim(2014), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...