Khamis, 5 Mac 2020

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG






RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG
Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan terdiri daripada tiga bahagian yang berkaitan dengan objektif kajian.  Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. 66.7% (20 responden lelaki) dan 80% (24 responden wanita) telah memilih blog sebagai medium terbaik untuk menulis puisi manakala 86.7% (26 responden lelaki) dan 96.7% (responden wanita)menyatakan bahawa mereka lebih gemar untuk menulis cerpen pendek di dalam blog.  Walaubagaimanapun, keputusan bagi kedua-dua resonden adalah tinggi (lebih 80%). Bagi menulis skrip, 76.7% (23 responden lelaki) dan 93.3% (28 responden wanita) menyatakan bahawa menulis skrip menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Akhir sekali, bagi pantun pula ialah banyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 86.7% (26 responden wanita) telah memilih pantun sebagai genre yang sesuai untuk ditulis di dalam blog.
Keputusan blog dalam pembelajaran bahasa iaitu graf 6.2 menunjukkan bahawa responden belajar bahasa melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Bagi penulisan surat, 80% (24 responden lelaki) dan 83.3% (25 responden wanita) memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran Bahasa melalui penulisan blog. Sebanyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 orang responden wanita) telah menyatakan bahawa cara meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog manakala (3.3% (28 responden lelaki) dan 96.7% (29 responden wanita) menyatakana bahawa menulis teka-teki di dalam blog merupakan kaedah yang disukai mereka.
Keputusan blog dalam pembelajaran teknologi iaitu graf 6.3 pula, responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan di dalam blog untuk mereka belajar sesuatu tentang teknologi dalam bahasa. 100% responden lelaki dan wanita (60 orang responden) menyatakan dengan memasukkan video ke dalam blog, ia memberi kepuasan kepada mereka. Bagi audio pula, bilangan peratusan untuk kedua-dua jantina adalah sama. 100% responden lelaki dan wanita memberi respon untuk memasukkan audio ke dalam blog. Bagi gambar pula, 93% (28 orang responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita) menyatakan bahawa mereka suka menghantar gambar ke dalam blog.

RUJUKAN
Noraien & Normaliza. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...