Instagram mempunyai pelbagai manfaat kepada penggunanya. Instagram dapat membantu penggunanya mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instragram pengguna lain. Instagram juga telah memberi peluang kepada mereka untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian dan berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna yang lain. Pengguna juga dapat mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek instagram. Menurut Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell (2013) di mana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Cerita pendek Instagram juga membantu mereka mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. AKhir sekali, instagram menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul.
RUMUSAN
KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG
Keputusan
dan perbincangan terdiri daripada tiga bahagian yang berkaitan dengan objektif
kajian. Graf 6.1 menunjukkan perspektif
responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. 66.7% (20 responden
lelaki) dan 80% (24 responden wanita) telah memilih blog sebagai medium terbaik
untuk menulis puisi manakala 86.7% (26 responden lelaki) dan 96.7% (responden
wanita)menyatakan bahawa mereka lebih gemar untuk menulis cerpen pendek di dalam
blog. Walaubagaimanapun, keputusan bagi
kedua-dua resonden adalah tinggi (lebih 80%). Bagi menulis skrip, 76.7% (23
responden lelaki) dan 93.3% (28 responden wanita) menyatakan bahawa menulis
skrip menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Akhir
sekali, bagi pantun pula ialah banyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 86.7% (26
responden wanita) telah memilih pantun sebagai genre yang sesuai untuk ditulis
di dalam blog.
Keputusan
blog dalam pembelajaran bahasa iaitu graf 6.2 menunjukkan bahawa responden
belajar bahasa melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran
kritis. Bagi penulisan surat, 80% (24 responden lelaki) dan 83.3% (25 responden
wanita) memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran Bahasa melalui
penulisan blog. Sebanyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 orang
responden wanita) telah menyatakan bahawa cara meluahkan perasaan dengan baik
adalah melalui blog manakala (3.3% (28 responden lelaki) dan 96.7% (29 responden
wanita) menyatakana bahawa menulis teka-teki di dalam blog merupakan kaedah
yang disukai mereka.
Keputusan
blog dalam pembelajaran teknologi iaitu graf 6.3 pula, responden menyukai
video, audio dan fotografi dimasukkan di dalam blog untuk mereka belajar sesuatu
tentang teknologi dalam bahasa. 100% responden lelaki dan wanita (60 orang responden)
menyatakan dengan memasukkan video ke dalam blog, ia memberi kepuasan kepada
mereka. Bagi audio pula, bilangan peratusan untuk kedua-dua jantina adalah
sama. 100% responden lelaki dan wanita memberi respon untuk memasukkan audio ke
dalam blog. Bagi gambar pula, 93% (28 orang responden lelaki) dan 100% (30 responden
wanita) menyatakan bahawa mereka suka menghantar gambar ke dalam blog.
RUJUKAN
Noraien & Normaliza. (2019). Ehh!!! Media Sosial.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan