Khamis, 30 April 2020

BBM3410Satu2020 - Media Sosial : Bab 1 gambaran keseluruhan

Assalamualaikum semua. Haa sekarang ni saya ingin berkongsi tentang beberapa aktiviti yang dilakukan oleh saya di dalam buku Ehh!! Media Sosial. Aktiviti di dalam buku ini amat menarik dan memberi banyak info yang berguna kepada semua. So, silakan membaca ye! Here we go!!!



Ni ialah aktiviti 1 iaitu berkaitan manfaat penggunaan media sosial kepada kehidupan seharian seseorang.

Ini pula merupakan aktiviti 2 berkenaan manfaat penggunaan media sosial kepada kelas bahasa.


Yang terakhir ini pula ialah aktiviti 3 yang berkaitan 2 contoh media sosial dan beberapa kelemahannya.


Semoga bermanfaat.

Rujukan:Normaliza Abd Rahim. Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT

BBM3410Satu2020: Cerita sosial 2 (Normaliza Abd Rahim, 2019) 2

CERITA SOSIAL 2

Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim telah membeli buah-buahan kepada keluarganya. Mereka sekeluarga sangat menggemari buah-buahan tempatan. Pelbagai jenis buah tempatan telah dibeli oleh ayah Alim dan semestinya amat disukai oleh keluarganya. Ibu telah menyediakan bakul sampah untuk mereka sekeluarga membuang sampah buah-buahan yang mereka telah makan. Ibu mengingatkan mereka agar tidak membuang sampah merata-rata. Alim yang berhati mulia ingin memberikan sedikit buah-buahan mereka kepada Sulaiman, jirannya itu. Ibu telah memberi keizinan dan memasukkan buah manggis dan rambutan ke dalam plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi makanan tersebut seperti yang dilakukan oleh keluarganya sebelum ini. Semasa sedang berkemas rumah dan membuang sampah, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih dan memuji sikap Alim yang baik hati dengan riak muka yang sedih. Mak Cik Timah mendoakan kesejahteraan keluarga Alim.

NILAI-NILAI DI DALAM CERITA SOSIAL 2.

      Cerita sosial 2 ini mempunyai beberapa nilai-nilai murni yang boleh diambil sebagai contoh dan pengajaran kepada diri pembaca. Saya sudah menggariskan beberapa ayat yang menampakkan nilai-nilai itu di dalam cerita ini.

     Nilai yang pertama ialah nilai pemurah. Kita haruslah menjadi seorang yang pemurah dengan berkongsi rezeki yang kita ada kepada orang lain.  Di dalam cerita ini menunjukkan Alim sangat pemurah dengan memberi buah-buahan tempatan yang dibeli oleh ayahnya kepada kawannya, Sulaiman.

    Nilai yang kedua ialah nilai pembersih. Kita haruslah menjadi seorang yang pembersih kerana di dalam agama juga ada mengatakan yang kita oerlu menjaga kebersihan diri kita. Di dalam cerita ini, ibu Alim menyediakam bakul sampah untuk anak-anak dan suaminya memasukkan sampah buah-buahan di dalam tong sampah. Sikap ibu yang pembersih sememangnya perlu dicontohi oleh anak-anaknya.

Nilai yang ketiga ialah nilai persahabatan. Sebagai manusia biasa, kita semestinya ingin memiliki sahabat yang baik walaupun hanya seorang. Sahabat yang baik merupakan satu rezeki juga ye. Di dalam cerita ini, Alim memberitahu dia sangat menyayangi Sulaiman sebagai sahabatnya. Dia juga berkongsi buah-buahannya kepada Sulaiman.


Berikut merupakan bukti-bukti yang saya dapat untuk menunjukkan nilai-nilai yang terdapat di dalam cerita sosial 2


RUJUKAN 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi  Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

BBM3410Satu2020: Rule of Thirds (Normaliza Abd Rahim, 2019)

Assalamualaikum semua. Harini iaitu 1 Mei 2020, saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkaitan rule of thirds. Rule of third sangat penting untuk mendapatkan gambar yang menarik dan sempurna. Harini, saya akan berkongsi tentang penggunaan rule of thirds untuk orang yang suka berswafoto. Saya akan beekongsi di facebook saya ye iaitu "Ikmal Hishamudddin". Saya ada beekongsi posting tersebut di bawah. Enjoy kay! Here we go!!!!





Rujukan: Normaliza Abd Rahim, 2019. Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM

BBM3410Satu2020 JENIS-JENIS FLATLAY


Pada 9 Mac yang lepas, kami telah diarahkan untuk mengambil gambar secara flatlay. Silalah saksikan ye. Semoga anda semua suka dengan hasil yang diberikan.



Tekan "di sini"  untuk melihat video yanh kami sudah hasilkan.


Rabu, 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi


MOHAMAD AKHMAR IKMAL BIN HISHAMUDDIN (197345)
______________________________________________________________________________
STATEGI KESOPANAN
______________________________________________________________________________
Bald On-Record                                                          Kesopanan Positif
______________________________________________________________________________
Contoh:                                                                        Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya     
Bersedia!                                                                      tolong?
Dengar sini…                                                               Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Berikan saya bakul besar itu                                        Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak
Lampu itu berwarna hijau                                            keberatan
Jemput masuk.
Jemput makan.
______________________________________________________________________________
Kesopanan Negatif                                                    Off-record
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,                    Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mungkin!                                                                     Mahal betul harga kasut di sini.
Tolong berikan saya pinggan putih itu.                       Cantik baju kamu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?         
Membuang botol kosong merata-rata tidak
Dibenarkan
______________________________________________________________________________
Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim, 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Penerbit UMT



CERITA SOSIAL 2

Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim telah membeli buah-buahan kepada keluarganya. Mereka sekeluarga sangat menggemari buah-buahan tempatan. Pelbagai jenis buah tempatan telah dibeli oleh ayah Alim dan semestinya amat disukai oleh keluarganya. Ibu telah menyediakan bakul sampah untuk mereka sekeluarga membuang sampah buah-buahan yang mereka telah makan. Ibu mengingatkan mereka agar tidak membuang sampah merata-rata. Alim yang berhati mulia ingin memberikan sedikit buah-buahan mereka kepada Sulaiman, jirannya itu. Ibu telah memberi keizinan dan memasukkan buah manggis dan rambutan ke dalam plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi makanan tersebut seperti yang dilakukan oleh keluarganya sebelum ini. Semasa sedang berkemas rumah dan membuang sampah, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih dan memuji sikap Alim yang baik hati dengan riak muka yang sedih. Mak Cik Timah mendoakan kesejahteraan keluarga Alim.

RUJUKAN 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi  Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT






BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

JENIS-JENIS SHOT DALAM ASAS FOTOGRAFI


KEPENTINGAN RULE OF THIRD
Rule of thrids ini biasanya digunakan untuk mengambil gambar supaya kelihatan cantik dan sempurna. Oleh itu, rule of third ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya ialah memberi keseimbangan dalam gambar. Hal ini demikian kerana, keseimbangan sesuatu gambar amat penting supaya gambar yang ditunjukkan kelihatan cantik dan mampu menarik minat orang lain untuk melihatnya. Keseimbangan dari segi warna, kedudukan objek dalam gambar dan teks yang digunakan dalam gambar. Selain itu, penggunaan rule of thirds ini juga bertujuan untuk menampakkan pemandangan atau stuasi di dalam gambar. Hal ini demikian kerana, penggunaan rules of third ini manusia tidaklah hanya berada di tengah-tengah foto. Ia juga boleh berada di kanan atau kiri gambar sehingga mampu menunjukkan latar belakang di mana manusia itu berada. Sebagai contoh di pantai atau di taman. Sehubungan dengan itu, gambar yang diambil dengan menggunakan rule of thirds ini sangat cantik. Rule of thirds pada era modenisasi ini mudah kerana telah terdapat dalam telefon pintar anda semua. Dengan erti kata lain, rule of thirds ini lebih dikenali sebagai grid pada kamera. Penggunaan rule of thirds ini juga mudah untuk kita tahu bahagian mana yang hendak kita fokuskan dalam gambar. Sebagai contoh, bahagian yang hendak difokuskan perlu diletakkan di tengah-tengah pertemuan grid itu.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim, 2019. Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia


BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

 PENGENALAN BAB 2: TWITTER DAN TREND TERKINI

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar kearah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negetif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Terdapat lebih kurang 313 juta pengguna twiter dalam rangkaian sosial (statisca.com) pada tahun 2016. Twitter telah berada di tempat ke Sembilan daripada dua puluh satu rangkaian social di dunia ini. Twiter telah menjadi kegemaran antara pengguna kerana kesederhaan dalam penggunaanya. Jika mengikut kedudukan, rangkaian sosial yang pertama sehingga dua puluh satu ialah Facebook, Whatsapp, Facebook messenger, QQ, Wechat, Qzone, Tumblr, Instagram, Twitter, Baidu Tieba, Skype, Sina Weibo, Viber, LINE, Snapchat, yy. LinkedIn, Vkontakte, Pinterest, BBM dan Telegram. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rangkain sosial lain tidak digunakan di Malaysia, jadi twiter menjadi pilihan pengguna setiap hari. Terdapat juga jumlah yang dianggarkan 1.3 bilion pengguna Twiter yang berdaftar. Selain itu, terdapat 120 juta pelawat-pelawat bulanan yang menggunakan “Twitter.com”melalui computer meja dan telefon bimbit serta lebih kurang 5000 juta jumlah purata pelawat bulanan twiter yang tidak log masuk. Walaubagaimananpun, terdapat 100 juta pengguna harian Twitter yang aktif di dunia (expendandeddramblings.com) pada tahun 2013.Pengguna melihat Twitter sebagai teknologi yang ketinggalan zaman berbanding rangkain social lain terutamanya Facebook. Namun begitu, pengguna mengakui bahawa Twitter telah membantu merak dalam pelbagai aspek.Menurut Normaliza Abd Rahim, Nik Rfaidah Muhammad Affendi dan Awang Azman Awang Pawi (2017), pendedahan variasi teknologi berbeza juga membantu para pengguna dalam proses pembelajaran.

RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2019. Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT

BBM3410Satu2020:Twitter (Cerita Pendek)

CERITA PENDEK: DOA SEORANG IBU

RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2019. Ehh!!! Media Sosial. Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu

Ahad, 26 April 2020

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA


Video PPT Bab 1 

Pekaka Bercerita: Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu.

Video PPT bab 2:
konflik nilai melalui teknologi animasi



Jumlah markah yang diperolehi.

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...