Khamis, 30 April 2020

BBM3410Satu2020: Cerita sosial 2 (Normaliza Abd Rahim, 2019) 2

CERITA SOSIAL 2

Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim telah membeli buah-buahan kepada keluarganya. Mereka sekeluarga sangat menggemari buah-buahan tempatan. Pelbagai jenis buah tempatan telah dibeli oleh ayah Alim dan semestinya amat disukai oleh keluarganya. Ibu telah menyediakan bakul sampah untuk mereka sekeluarga membuang sampah buah-buahan yang mereka telah makan. Ibu mengingatkan mereka agar tidak membuang sampah merata-rata. Alim yang berhati mulia ingin memberikan sedikit buah-buahan mereka kepada Sulaiman, jirannya itu. Ibu telah memberi keizinan dan memasukkan buah manggis dan rambutan ke dalam plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi makanan tersebut seperti yang dilakukan oleh keluarganya sebelum ini. Semasa sedang berkemas rumah dan membuang sampah, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih dan memuji sikap Alim yang baik hati dengan riak muka yang sedih. Mak Cik Timah mendoakan kesejahteraan keluarga Alim.

NILAI-NILAI DI DALAM CERITA SOSIAL 2.

      Cerita sosial 2 ini mempunyai beberapa nilai-nilai murni yang boleh diambil sebagai contoh dan pengajaran kepada diri pembaca. Saya sudah menggariskan beberapa ayat yang menampakkan nilai-nilai itu di dalam cerita ini.

     Nilai yang pertama ialah nilai pemurah. Kita haruslah menjadi seorang yang pemurah dengan berkongsi rezeki yang kita ada kepada orang lain.  Di dalam cerita ini menunjukkan Alim sangat pemurah dengan memberi buah-buahan tempatan yang dibeli oleh ayahnya kepada kawannya, Sulaiman.

    Nilai yang kedua ialah nilai pembersih. Kita haruslah menjadi seorang yang pembersih kerana di dalam agama juga ada mengatakan yang kita oerlu menjaga kebersihan diri kita. Di dalam cerita ini, ibu Alim menyediakam bakul sampah untuk anak-anak dan suaminya memasukkan sampah buah-buahan di dalam tong sampah. Sikap ibu yang pembersih sememangnya perlu dicontohi oleh anak-anaknya.

Nilai yang ketiga ialah nilai persahabatan. Sebagai manusia biasa, kita semestinya ingin memiliki sahabat yang baik walaupun hanya seorang. Sahabat yang baik merupakan satu rezeki juga ye. Di dalam cerita ini, Alim memberitahu dia sangat menyayangi Sulaiman sebagai sahabatnya. Dia juga berkongsi buah-buahannya kepada Sulaiman.


Berikut merupakan bukti-bukti yang saya dapat untuk menunjukkan nilai-nilai yang terdapat di dalam cerita sosial 2


RUJUKAN 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi  Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...