Rabu, 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

JENIS-JENIS SHOT DALAM ASAS FOTOGRAFI


KEPENTINGAN RULE OF THIRD
Rule of thrids ini biasanya digunakan untuk mengambil gambar supaya kelihatan cantik dan sempurna. Oleh itu, rule of third ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya ialah memberi keseimbangan dalam gambar. Hal ini demikian kerana, keseimbangan sesuatu gambar amat penting supaya gambar yang ditunjukkan kelihatan cantik dan mampu menarik minat orang lain untuk melihatnya. Keseimbangan dari segi warna, kedudukan objek dalam gambar dan teks yang digunakan dalam gambar. Selain itu, penggunaan rule of thirds ini juga bertujuan untuk menampakkan pemandangan atau stuasi di dalam gambar. Hal ini demikian kerana, penggunaan rules of third ini manusia tidaklah hanya berada di tengah-tengah foto. Ia juga boleh berada di kanan atau kiri gambar sehingga mampu menunjukkan latar belakang di mana manusia itu berada. Sebagai contoh di pantai atau di taman. Sehubungan dengan itu, gambar yang diambil dengan menggunakan rule of thirds ini sangat cantik. Rule of thirds pada era modenisasi ini mudah kerana telah terdapat dalam telefon pintar anda semua. Dengan erti kata lain, rule of thirds ini lebih dikenali sebagai grid pada kamera. Penggunaan rule of thirds ini juga mudah untuk kita tahu bahagian mana yang hendak kita fokuskan dalam gambar. Sebagai contoh, bahagian yang hendak difokuskan perlu diletakkan di tengah-tengah pertemuan grid itu.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim, 2019. Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...