PENGENALAN BAB 2: TWITTER DAN TREND TERKINI
Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar kearah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negetif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Terdapat lebih kurang 313 juta pengguna twiter dalam rangkaian sosial (statisca.com) pada tahun 2016. Twitter telah berada di tempat ke Sembilan daripada dua puluh satu rangkaian social di dunia ini. Twiter telah menjadi kegemaran antara pengguna kerana kesederhaan dalam penggunaanya. Jika mengikut kedudukan, rangkaian sosial yang pertama sehingga dua puluh satu ialah Facebook, Whatsapp, Facebook messenger, QQ, Wechat, Qzone, Tumblr, Instagram, Twitter, Baidu Tieba, Skype, Sina Weibo, Viber, LINE, Snapchat, yy. LinkedIn, Vkontakte, Pinterest, BBM dan Telegram. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rangkain sosial lain tidak digunakan di Malaysia, jadi twiter menjadi pilihan pengguna setiap hari. Terdapat juga jumlah yang dianggarkan 1.3 bilion pengguna Twiter yang berdaftar. Selain itu, terdapat 120 juta pelawat-pelawat bulanan yang menggunakan “Twitter.com”melalui computer meja dan telefon bimbit serta lebih kurang 5000 juta jumlah purata pelawat bulanan twiter yang tidak log masuk. Walaubagaimananpun, terdapat 100 juta pengguna harian Twitter yang aktif di dunia (expendandeddramblings.com) pada tahun 2013.Pengguna melihat Twitter sebagai teknologi yang ketinggalan zaman berbanding rangkain social lain terutamanya Facebook. Namun begitu, pengguna mengakui bahawa Twitter telah membantu merak dalam pelbagai aspek.Menurut Normaliza Abd Rahim, Nik Rfaidah Muhammad Affendi dan Awang Azman Awang Pawi (2017), pendedahan variasi teknologi berbeza juga membantu para pengguna dalam proses pembelajaran.
RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2019. Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER
PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...
-
TERJEMAHAN TRANSKRIPSI VIDEO YOUTUBE AZIEMAH 199909 AWADAH 195903 HAFIZUDDIN 195131 S...
-
TAJUK : M2- TERJEMAHAN CERITA PENDEK NAZRUL BIN RAPAIL ( 196202 ) MOHAMAD AKHMAR IKMAL BIN ...
-
TERJEMAHAN BERITA MOHAMAD AKHMAR IKMAL BIN HISHAMUDDIN (197345) SK Temong students who won the animated film award in Brazil will receiv...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan