Rabu, 6 Mei 2020

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK

Asas grafik mempunyai banyak kepentingan yang dapat membantu seseorang mendapatkan gambar yang cantik dan berbaloi.

      Kepentingan asas grafik yang pertama ialah Menarik. Tanpa asas grafik, sesuatu gambar itu tidak dapat menarik perhatian orang lain. Setiap gambar atau video yang ada asas grafik dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk membaca atau menonton serta memahami mesej yang ingin disampaikan.

      Kepentingan asas grafik yang kedua pula ialah mudah difahami. Maayarakat suka melihat dam membaca sesuatu gambar dengan mudah tanpa ragu-ragu dan keliru. Setiap gambar haruslah mempunyai konsep mudah difahami.

      Kepentingan yang ketiga pula ialah mesej. Mesej yang ingin disampaikan amat oenting di dalam sesuatu gambar atau video. Asas grafik memudahkan orang lain untuk menerima mesej yang ingin disampaikan dengan mudah. Mesej yang ingin disampaikan itu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada masyarakat.

       Kepentingan yang seterusnya ialah ketara. Foto atau video yang dipaparkan akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya fengan mudah. Malahan begitu ketata sehingga tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tentang makna atau mesej yang ingin disampaikan.

       Kepentingan yang terakhir ialah promosi. Asas gragik memberi kesan yang positif terhadap mempromosikan barangan atau apa juga mesej yang ingin disampaikan.

RUJUKAN
NORMALIZA ABD RAHIM, 2019. MULTIMEDIA DALAM BAHASA. SELANGOR: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...