Rabu, 6 Mei 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

SINOPSIS CERITA SOSIAL 3:

      Alim merupakan seorang budak yang mempunyai keluarga. Dia mempunyai ayah, ibu, abang, kakak dan adik perempuan. Alim merupakan seorang budak yang rajin. Setiap hari, dia akan menolong membuat kerja rumah bersama adik-beradiknya yang lain. Alim sentiasa mengemas dan menyimpan semula permainnanya setelah bermain. Ibu bapa Alim akan berterima kasih kepadanya. Alim belajar sapu sampah daripada abang dan kakaknya. Kadangkala, Alim gagal menyiapkan kerja itu. Ibu akan memujuk Alim supaya tidak mudah menyerah kalah. Akhirnya Alim berjaya menghabiskan kerjanya dengan baik. Setiap hari, Alim akan ciha memahami kerja seharian di rumahnya. Alim sayang ahli keluarganya. Alim tahu bahawa keluarga merupakan sesuatu kepentingan dan dia kuga tahu bahawa keluarga seharusnya menolong antara satu sama lain.

NILAI PENTING: 

      Nilai penting yang pertama ialah nilai kerajinan. Kita haruslah rajin membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, Alim sangat rajin membantu ahli keluarga membersihkan rumah.

     Nilai yang kedua ialah nilai tidak berputus asa. Sebagai seorang manusia biasa, pastinya kita akan mengalami sesuatu ujian sehingga kadangkala kita merasa hendak putus asa. Kita tidak seharusnya merasa sedemikian kerana akhirnya pasti kita akan berjaya. Setiap usaha pasti akan membuahkan hasil. Sebagai contoh, Alim bangkit daripada berputus asa dengan berjaya menyiapkan kerja membersihkan rumahnya dengan baik.

     Nilai yang terakhir ialah nilai kasih sayang antara keluarga. Untuk mencipta keluarga yang bahagia, kita haruslah saling sayang-menyayang dengan ikhlas. Sebagai contoh, Alim tahu bahawa ahli keluarganya menyayanginya. Dia tahu bahawa keluarga amatlah penting.

RUJUKAN
NORMALIZA ABD RAHIM, 2019. KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI. TERENGGANU: PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...