Isnin, 23 Mac 2020

BBM3410Satu2020: Prof like ig

Alhamdulillah prof sudah pun like beberapa post ig saya. Terima kasih Prof.🌹



Selasa, 10 Mac 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

ASAS FOTOGRAFI

Berikut merupakan beberapa gambar yang menggunakan asas fotografi iaitu siluet, pendua, kabur, bird's eye view dan bayang. Selamat menonton.

https://youtu.be/5CjHzMnGR1U



Jumaat, 6 Mac 2020

BBM3410Satu2020: Kepentingan Asas Grafik

Kepentingan Asas Grafik


BBM3014Satu2020: Asas Grafik

ASAS GRAFIK

Menurut Normaliza Abd Rahim, elemen asas grafik terbahagi kepada 5 . Elemen tersebut ialah mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Kesemua elemen ini penting  dalam penyampaian mesej berbentuk grafik.

Elemen yang pertama ialah mudah. Mudah merupakan elemen penting kerana ianya bagi memudahkan seseorang untuk membuat gambaran sama ada dalam bentuk video mahupun foto. Mudah membantu seseorang untuk menerangkan sesuatu gambar tanpa kekeliruan.

Elemen yang kedua ialah warna. Warna juga sangat penting bagi sesuatu gambar atau video untuk menceriakan dan menyamoaikan sesuatu mesej. Sesuatu grafik yang baik dan cantik haruslah tidak mempunyai lebih daripada 3 warna. Tanpa warna, sesuatu grafik akan dilihat kusan dan tidak ceria.

Elemen yang ketiga ialah teks. Teks merupakan  bentuk atau saiz sesuatu font di dalam foto atau video. Dengan adanya teks, ianya sangat membantu seseorang untuk menerangkan tentang gambar. Selain daripada itu, warna sesuatu teks juga penting untuk mencantikkan gambar.

Elemen yang seterusya ialah kesesuaian. Kesesuaian merupakan jenis grafik sama ada sesuai dengan latar-latar tertentu seperti latar tempat, latar masa dan latar watak. Setiap latar haruslah sesuai digunakan apabila digabungkan dan mencantikkan antara satu sama lain di dalam foto atau video.

Elemen yang terakhir ialah keseimbangan. Keseimbangan erujuk kepada kesiambangan ruang dalam setiap foto atau video. Ruang tersebut merupakan ruang kiri, kanan, atas dan bawah. Setiap grafik haruslah seimbang beratnya untuk mendapatkan grafik yang cantik.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim(2019), Multimedia dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia


Khamis, 5 Mac 2020

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis oleh VanDijk (1997)


_________________________________________________________________________________
Struktur Makro
Makna Global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks
_________________________________________________________________________________
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan
_________________________________________________________________________________
Struktur Mikro
Makna local daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
_________________________________________________________________________________
Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1997)

Menurut Normaliza Abd Rahim(2019), VanDijk (1997) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran . Setiap elemen  mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang daapat diamati serta daripada topik atau tema yang sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi focus kepada makna local daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

RUJUKAN 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi  Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT



BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)



Taksomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Strategi Pengelakan atau Pengurangan
_________________________________________________________________________________
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
_________________________________________________________________________________
Achivement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
_________________________________________________________________________________
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan Bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling
_________________________________________________________________________________
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ use of fillers/ strategi penanda (hesitation devices)
Rajah7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)



 Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi. Strategi pengelakan atau pengurangan terbahagi kepada dua iaitu pengabaian atau peninggalan teks dan pengelakan topik. Manakala bagi pencapaian atau strategi pampasan pula terbahagi kepada sembilan iaitu parafrasa 3. Parafrasa, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, cipta perkataan baharu penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod dan meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan. Bagi penangguhan atau strategi tambahan waktu pula hanya ada satu iaitu penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda

RUJUKAN 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi  Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM



Instagram mempunyai pelbagai manfaat kepada penggunanya. Instagram dapat membantu penggunanya mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instragram pengguna lain.  Instagram juga telah memberi peluang kepada mereka untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian dan berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna yang lain. Pengguna juga dapat mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek instagram. Menurut Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell (2013) di mana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Cerita pendek Instagram juga membantu mereka mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. AKhir sekali, instagram menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul.


RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG
Keputusan dan perbincangan terdiri daripada tiga bahagian yang berkaitan dengan objektif kajian.  Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. 66.7% (20 responden lelaki) dan 80% (24 responden wanita) telah memilih blog sebagai medium terbaik untuk menulis puisi manakala 86.7% (26 responden lelaki) dan 96.7% (responden wanita)menyatakan bahawa mereka lebih gemar untuk menulis cerpen pendek di dalam blog.  Walaubagaimanapun, keputusan bagi kedua-dua resonden adalah tinggi (lebih 80%). Bagi menulis skrip, 76.7% (23 responden lelaki) dan 93.3% (28 responden wanita) menyatakan bahawa menulis skrip menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Akhir sekali, bagi pantun pula ialah banyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 86.7% (26 responden wanita) telah memilih pantun sebagai genre yang sesuai untuk ditulis di dalam blog.
Keputusan blog dalam pembelajaran bahasa iaitu graf 6.2 menunjukkan bahawa responden belajar bahasa melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Bagi penulisan surat, 80% (24 responden lelaki) dan 83.3% (25 responden wanita) memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran Bahasa melalui penulisan blog. Sebanyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 orang responden wanita) telah menyatakan bahawa cara meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog manakala (3.3% (28 responden lelaki) dan 96.7% (29 responden wanita) menyatakana bahawa menulis teka-teki di dalam blog merupakan kaedah yang disukai mereka.
Keputusan blog dalam pembelajaran teknologi iaitu graf 6.3 pula, responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan di dalam blog untuk mereka belajar sesuatu tentang teknologi dalam bahasa. 100% responden lelaki dan wanita (60 orang responden) menyatakan dengan memasukkan video ke dalam blog, ia memberi kepuasan kepada mereka. Bagi audio pula, bilangan peratusan untuk kedua-dua jantina adalah sama. 100% responden lelaki dan wanita memberi respon untuk memasukkan audio ke dalam blog. Bagi gambar pula, 93% (28 orang responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita) menyatakan bahawa mereka suka menghantar gambar ke dalam blog.

RUJUKAN
Noraien & Normaliza. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 



RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG






RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG
Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan terdiri daripada tiga bahagian yang berkaitan dengan objektif kajian.  Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. 66.7% (20 responden lelaki) dan 80% (24 responden wanita) telah memilih blog sebagai medium terbaik untuk menulis puisi manakala 86.7% (26 responden lelaki) dan 96.7% (responden wanita)menyatakan bahawa mereka lebih gemar untuk menulis cerpen pendek di dalam blog.  Walaubagaimanapun, keputusan bagi kedua-dua resonden adalah tinggi (lebih 80%). Bagi menulis skrip, 76.7% (23 responden lelaki) dan 93.3% (28 responden wanita) menyatakan bahawa menulis skrip menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Akhir sekali, bagi pantun pula ialah banyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 86.7% (26 responden wanita) telah memilih pantun sebagai genre yang sesuai untuk ditulis di dalam blog.
Keputusan blog dalam pembelajaran bahasa iaitu graf 6.2 menunjukkan bahawa responden belajar bahasa melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Bagi penulisan surat, 80% (24 responden lelaki) dan 83.3% (25 responden wanita) memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran Bahasa melalui penulisan blog. Sebanyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 orang responden wanita) telah menyatakan bahawa cara meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog manakala (3.3% (28 responden lelaki) dan 96.7% (29 responden wanita) menyatakana bahawa menulis teka-teki di dalam blog merupakan kaedah yang disukai mereka.
Keputusan blog dalam pembelajaran teknologi iaitu graf 6.3 pula, responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan di dalam blog untuk mereka belajar sesuatu tentang teknologi dalam bahasa. 100% responden lelaki dan wanita (60 orang responden) menyatakan dengan memasukkan video ke dalam blog, ia memberi kepuasan kepada mereka. Bagi audio pula, bilangan peratusan untuk kedua-dua jantina adalah sama. 100% responden lelaki dan wanita memberi respon untuk memasukkan audio ke dalam blog. Bagi gambar pula, 93% (28 orang responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita) menyatakan bahawa mereka suka menghantar gambar ke dalam blog.

RUJUKAN
Noraien & Normaliza. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 



BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...