Pada 17 Februari 2019, jam 10 pagi tadi, Prof Normaliza telah membuat satu ujian secara rawak kepada pelajar-pelajarnya yang mengambil kelas Multimedia dalam bahasa (BBM3410). Ujian ini dibuat mengikut kumpulan. Jika ada salah satu ahli kumpulan menjawab soalan yang ditanya, maka seluruh ahli kumpulannya akan mendapat markah tersebut.
Kumpulan kami iaitu kumpulan 3 telah mendapat 2 markah kerana telah menjawab 2 soalan yang diberikan oleh Prof Normaliza. Soalan pertama ialah berkaitan dengan halaman keberapa yang terdapat tajuk berkaitan Asas Grafik dalam Multimedia. Ahli kumpulan kami telah menjawab pada halaman ke 71 hingga 81. Bagi soalan yang kedua pula, soalan berbentuk "Berikan salah satu elemen asas grafik dalam gambar jeti di sebelah tasik" dan telah dijawab oleh ahli kumpulan kami iaitu elemen warna. Sebagai bukti, kombinasi warna dalam gambar tersebut dilihat sangat bersesuaian. Terdapat campuran warna-warna lembut iaitu warna biru, putih dan hijau.
Isnin, 17 Februari 2020
Khamis, 13 Februari 2020
BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1
SINOPSIS CERITA SOSIAL 1:NENEK DAN DATUK
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT
Cerita pendek ini mengisahkan tentang Alim yang berasa sangat teruja untuk pulang ke kampung melawat datuk dan neneknya. Dia suka melihat suasana kampung yang aman dan tenteram. Pelbagai alam sekitar yang dapat dilihat apabila berada di kampung. Alim sangat teruja untuk bermain dengan ayam dan itik yang diternak oleh nenek dan datuknya. Namun, Alim berasa sedih kerana ayam dan itik yang diternak oleh nenek dan datuknya tiada. Rupa-rupanya, ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh atuknya. Setelah puas bermain dengan ayam dan itik, Alim telah masuk ke dalam rumah dan hairan kerana rumah tersebut tidak sama seperti dahulu. Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa. Nenek telah memujuk Alim dan menceritakan tentang perabot baharu di rumahnya. Ibu bapa, neneknya serta datuknya pelik dengan kelakuan Alim. Alim tiba-tiba menangis tanpa sebab. Namun begitu, mereka tetap membantu memujuk Alim supaya tidak menangis lagi. Akhirnya Alim berhenti menangis dan menonton televisyen bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Walaupun begitu, keadaan tersebut telah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Seterusnya, Alim ketawa bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah di dapur. Suasana kampung yang lain daripada bandar telah membantu mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga tersebut. Akhirnya mereka gembira bersama.
RUJUKAN Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT
BBM3410Satu2020: Penulisan Blog
10 CARA MENULIS BLOG DENGAN BAIK.
- . Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
- . Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
- . Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
- . Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
- . Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
- . Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
- . Dapat dibaca dan difahami.
- . Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
- . Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
- . Berilmu untuk penulisan pendidikan.
ULASAN
Membuat sebuah blog bukanlah sesuatu perkara yang kecil. Jika kita ingin membuat sesuatu blog, kita seharusnya mempunyai sifat bertanggungjawab bagi memastikan blog yang dibuat bermanfaat dan memberi kesan yang baik kepada pembaca. Terdapat 10 cara yang boleh kita gunakan untuk menulis blog yang baik. Cara yang pertama ialah kita perlu memastikan tajuk blog yang dibuat dapat menarik perhatian pembaca. Tajuk mestilah relevan dan mempunyai ciri-ciri estetika yang dapat memukau pembaca. Cara yang kedua ialah blog kita haruslah mempunyai menarik yang dapat menarik hati pembaca. Kita haruslah mengetahui citarasa dan cerita yang dapat menarik hati pembaca. Cara yang ketiga ialah kita perlulah memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkan pembaca terus membaca penulisan di dalam blog kita. Cara yang berikutnya ialah kita perlu memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan untuk memastikan pembaca percaya dengan penulisan blog yang sudah kita buat. Cara seterusnya ialah kaitkan penulisan kita dengan berita terkini yang berlaku di dalam dan luar negara. Terdapat juga cara menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas, padat dan bermanfaat. Dapat dibaca dan difahami juga merupakan salah satu cara untuk menulis blog yang baik. Hal ini bermakna kita perlulah menulis dengan baik mengikut tatabahasa bahasa Melayu yang sudah ditetapkan. Seterusnya, blog yang ditulis perlulah mudah dan dapat berkomunikasi dengan pembaca dan membuat pembaca tertarik untuk membaca blog kita. Memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan kita juga merupakan salah satu cara untuk membuat blog yang baik. Cara yang terakhir ialah blog haruslah berilmu untuk penulisan pendidikanm untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.
RUJUKAN
Noraien & Normaliza. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.
BBM3410Satu2020: Tentang Diri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya ialah Mohamad Akhmar Ikmal bin Hishamuddin. Saya berumur 22 tahun dan berasal daripada negeri Johor. Saya merupakan anak yang ketiga daripada lima orang adik beradik. Saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia bagi program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Saya amat berbangga mengambil program ini kerana ianya merupakan salah satu inisiatif untuk saya memertabatkan bahasa Melayu di negara Malaysia yang aman damai ini. Saya merupakan harapan keluarga untuk membantu mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik. Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin.
Langgan:
Catatan (Atom)
BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER
PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...
-
TERJEMAHAN TRANSKRIPSI VIDEO YOUTUBE AZIEMAH 199909 AWADAH 195903 HAFIZUDDIN 195131 ...
-
TERJEMAHAN TRANSKRIPSI VIDEO YOUTUBE AZIEMAH 199909 AWADAH 195903 HAFIZUDDIN 195131 ...
-
TERJEMAHAN QUOTATION MOHAMAD AKHMAR IKMAL BIN HISHAMUDDIN 197345 TEKS ASAL: I can see in your eyes that you are a kind person. TERJEMAHAN B...
