Isnin, 14 Disember 2020

Khamis, 16 Julai 2020

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

SUKA DUKA MEMBUAT KALENDER 2021

Assalamualaikum semua. Pada hari ini saya sangat bahagia kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kalendar 2021 yang diberikan oleh Prof setelah bersusah payah dalam beberapa minggu ni. Allah je yang tahu betapa susahnya untuk membuat kalendar ini. Baiklah, oleh kerana saya gembira sebab dah siapkan tugasan kalendar saya, saya akan menceritakan suka duka yang dilalui oleh saya untuk menyiapkan tugasan ini. Pada mulanya, saya berasa sangat sedih dan geram keran tiba-tiba sahaja diarahkan untuk memuat turun aplikasi photoshop. Bayangkan kau sedang ngeteh (makan dengan kawa-kawan) pada malam tu, tiba-tiba dapat arahan supaya semua pelajar haruslah memuat turun aplikasi tersebut. Sewaktu pulang, saya terus memuat turun aplikasi tersebut. Namun, malang tidak berbau, aplikasi photoshop cs6 itu tidak sesuai dengan laptop saya. Punyalah saya kusut dengan aplikasi terseb ut, tetiba saya terfikir untuk bertanya kepada en. Akmal untuk membantu saya. Nasib baik, en Akmal bantu saya dengan cara yang sangat baik. Dia menyuruh saya memuat turun photoshop cs3 yang sesuai dengan windows laptop saya. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya memuat turun aplikasi tersebut. Kemudia, setelah memuat turun, tibalah masa untuk saya mula membuat kalendar tersebut. Seperti orang lain juga, laptop saya jadi jem. Jadi, terpaksalah saya menunggu dengan lama. Setelah itu, saya mula membuat kalendar tersebut dengan memasukkan gambar latar belakang. Agak susah pada mulanya untuk memindahkan gambar ke tempat yang sepatutnya. Namun akhirnya saya berjaya dengan bantuan en Akmal dan kawan-kawan. Setelah dah siap masukkan latar belakang, kalendar, gambar saya dan kata-kata hikmat, saya simpan dalam bentuk photoshop. Yang ni pun ambil masa yang lama ye. Namun apa boleh buat, bersaba je la. Akhirnya saya pon berjaya buat. Alhamdulillah, sekian cerita daripada saya. Terima en Akmal dan rakan-rakan yang membantu menghasilkan kalendar ini.















Ahad, 14 Jun 2020

BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITER


PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITER

1. Responden yang digunakan untuk kajian Twitter menggunakan seramai 200 responden yang dipilih secara rawak daripada pengguna akaun twiter manakala bagi kajian Facebook, mereka mnggunakan seramai 260 responden daripada 13 buah sekolah di Terengganu.

2. Bagi kajian Twitter, responden yang terlibat adalah pelajar univerisiti, pekerja, organisasi dan persatuan manakala bagi kajian Facebbok, mereka hanya menggunakan pelajar sekolah menengah sebagai responden kajian.

3. Bagi hasil dan perbincangan kajian pula, kajian Twitter menggunakan keseluruhannya karangan dan penulisan manakala bagi kajian Facebook, mereka menggunakan karangan dan graf untuk menghuraikan dapatan.

4. Kajian Twitter lebih mudah untuk difahami kerana ianya menunjukkan kelebihan penggunaan Twitter secara terang di bahagian atas perenggan manakala kajian tentang Facebook agak sukar kerana perlu mencari kelebihan penggunaan Facebook secara satu persatu dalam setiap perenggan.

5. Dalam kesimpulan kajian, bagi kajian twitter, mereka banyak menunjukkan sorotan kajian lepas manakala bagin kajian Facebook, mereka banyhak menunjukkan rujukan daripada pendapat tokoh.


RUJUKAN: NORMALIZA ABD RAHIM & NORAIEN MANSOR. EH!!! MEDIA SOSIAL. TERENGGANU: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1


LAGU KELUARGA

Saya berasa puas hati,
Menolong ibu bappa setiap hari, 
Bermula di pagi hari,
Sehingga malam nanti.

Ibu bapa yang disayangi,
Saya tetap berhati-hati,
Menjaga budi pekerti,
Keluarga saya yang dicintai.

Saya sayang ibu dan bapa,
Abang, kakak, adik dan saudara,
Mereka semua ada bersama,
Semasa saya memerlukan mereka.


Posting saya di Facebook.


Posting saya di Twitter

Pada pendapat saya, logo saya sangat menarik. Ianya adalah berkaitan tentang ikatan kekeluargaan yang saling memerlukan antara satu sama lain. Tangan mereka yang saling pegang antara satu sama lain menunjukkan yang mereka tidak akan meninggalkan antara satu sama lain sampai bila-bila. Awan-awan di atas menunjukkan bahawa mereka saling bahagia antara satu sama lain seperti awan yang cantik berwarna putih. Tulisan "keluargaku syurgaku" menunjukkan bahawa sebuah keluarga itu perlulah saling melakukan kebaikan dan menjadikan keluarga mereka sebagai keluarga sakinah yang sentiasa disayangi Allah.





RUJUKAN: NORMALIZA ABD RAHIM (2019). KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI. TERENGGANU: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

BBM3410Satu2020: PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)



PETA  MINDA WATAK DAN PERWATAKAN


Watak dan perwatakan merupakan sesuatu yang sangat penting di dalam sesebuah animasi, drama dan filem. Tanpa watak dan perwatakan, sesebuah animasi, drma dan filem tidak dapat disiarkan. 



RUJUKAN: NORMALIZA ABD RAHIM(2019). MULTIMEDIA DALAM BAHASA.SELANGOR: PENERBIT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Khamis, 11 Jun 2020

BBM3410Satu2020: AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI

IMPLIKASI PEDAGOGI

AKTIVITI 1

AKTIVITI 2

AKTIVITI 3

RUJUKAN: NORMALIZA ABD RAHIM & NORAIEN MANSOR. EH!!! MEDIA SOSIAL. TERENGGANU: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

CERITA SOSIAL 5

NILAI RAJIN MEMBACA BUKU.
Sebagai seorang manusia yang kerdil, kita hendaklah sentiasa menimba ilmu tidak kira dengan menggunakan cara apa sekalipun. Caraa yang paling baik untuk menimba ilmu adalah dengan membaca buku. Apabila kita rajin membaca buku, pasti ilmu kita akan jadi lebih meluas. Sebagai contoh, Alim rajin membaca buku bersama kakak, abang dan jirannya, Sulaiman.

NILAI PEMURAH
Kita hendaklah sentiasa berkongsi rezeki kita kepada orang lain kerana dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Apabila kita menjadi pemurah, orang sekeliling akan berasa selesa dengan kita. Sebagai contoh, Alim meruapakan seorang yang pemurah. Dia suka berkongsi apa yang dia ada kepada orang lain termasuklah jirannya, Sulaiman

NILAI SALING MENDOAKAN
Kita hendaklah saling mendoakan sesama kita agar kita dapat bersama-sama mendapat kesejahteraan. Apabila saudara sesama kita sakit atau ditimpa masalah, kita hendaklah mendoakannya. Sebagai contoh, ahli keluarga Alim mendoakan Alim supaya cepat sembuh.



RUJUKAN: NORMALIZA ABD RAHIM (2019). KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI. TERENGGANU: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...