CERITA SOSIAL 5
NILAI RAJIN MEMBACA BUKU.
Sebagai seorang manusia yang kerdil, kita hendaklah sentiasa menimba ilmu tidak kira dengan menggunakan cara apa sekalipun. Caraa yang paling baik untuk menimba ilmu adalah dengan membaca buku. Apabila kita rajin membaca buku, pasti ilmu kita akan jadi lebih meluas. Sebagai contoh, Alim rajin membaca buku bersama kakak, abang dan jirannya, Sulaiman.
NILAI PEMURAH
Kita hendaklah sentiasa berkongsi rezeki kita kepada orang lain kerana dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Apabila kita menjadi pemurah, orang sekeliling akan berasa selesa dengan kita. Sebagai contoh, Alim meruapakan seorang yang pemurah. Dia suka berkongsi apa yang dia ada kepada orang lain termasuklah jirannya, Sulaiman
NILAI SALING MENDOAKAN
Kita hendaklah saling mendoakan sesama kita agar kita dapat bersama-sama mendapat kesejahteraan. Apabila saudara sesama kita sakit atau ditimpa masalah, kita hendaklah mendoakannya. Sebagai contoh, ahli keluarga Alim mendoakan Alim supaya cepat sembuh.
RUJUKAN: NORMALIZA ABD RAHIM (2019). KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI. TERENGGANU: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan