CERITA SOSIAL 4: HATI
NILAI BERKONGSI ILMU.
Sebagai seorang yang mempunyai ilmu, kita haruslah berkongsi ilmu yang ada kepada orang lain yang kurang ilmu pengetahuan. Kita bertanggungjawab untuk membimbing orang yang kurang ilmu pengetahuan demi masa hadapan mereka. Sebagai contoh, Cikgu Anis banyak mengajar Alim tentang ilmu kehidupan seharian agar Alim dapat menggunakannya dalam kehidupannya.
NILAI PEMURAH.
Kita haruslah berkongsi seuatu rezeki kita kepada orang lain yang kurang berkemampuan. Sebagai seorang yang berhati mulia, kita hendaklah memberi orang lain apa yang kita ada kerena dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Sebagai contoh, Alim berkongsi kek cawan miliknya kepada rakan-rakannya yang lain.
NILAI RAJIN.
Sebagai seorang penuntut ilmu, kita haruslah rajin berusaha untuk menuntut ilmu. tidak pandai bukan sebab kita jadi malas untuk belajar. Apabila kita rajin, kita yang tidak pandai juga akan menjadi pandai dan berjaya satu hari nanti. Sebagai contoh, Alim mahu belajar rajin-rajin dan berjaya satu hari nanti.
RUJUKAN: NORMALIZA ABD RAHIM (2019). KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI. TERENGGANU: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan