Khamis, 16 Julai 2020

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

SUKA DUKA MEMBUAT KALENDER 2021

Assalamualaikum semua. Pada hari ini saya sangat bahagia kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kalendar 2021 yang diberikan oleh Prof setelah bersusah payah dalam beberapa minggu ni. Allah je yang tahu betapa susahnya untuk membuat kalendar ini. Baiklah, oleh kerana saya gembira sebab dah siapkan tugasan kalendar saya, saya akan menceritakan suka duka yang dilalui oleh saya untuk menyiapkan tugasan ini. Pada mulanya, saya berasa sangat sedih dan geram keran tiba-tiba sahaja diarahkan untuk memuat turun aplikasi photoshop. Bayangkan kau sedang ngeteh (makan dengan kawa-kawan) pada malam tu, tiba-tiba dapat arahan supaya semua pelajar haruslah memuat turun aplikasi tersebut. Sewaktu pulang, saya terus memuat turun aplikasi tersebut. Namun, malang tidak berbau, aplikasi photoshop cs6 itu tidak sesuai dengan laptop saya. Punyalah saya kusut dengan aplikasi terseb ut, tetiba saya terfikir untuk bertanya kepada en. Akmal untuk membantu saya. Nasib baik, en Akmal bantu saya dengan cara yang sangat baik. Dia menyuruh saya memuat turun photoshop cs3 yang sesuai dengan windows laptop saya. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya memuat turun aplikasi tersebut. Kemudia, setelah memuat turun, tibalah masa untuk saya mula membuat kalendar tersebut. Seperti orang lain juga, laptop saya jadi jem. Jadi, terpaksalah saya menunggu dengan lama. Setelah itu, saya mula membuat kalendar tersebut dengan memasukkan gambar latar belakang. Agak susah pada mulanya untuk memindahkan gambar ke tempat yang sepatutnya. Namun akhirnya saya berjaya dengan bantuan en Akmal dan kawan-kawan. Setelah dah siap masukkan latar belakang, kalendar, gambar saya dan kata-kata hikmat, saya simpan dalam bentuk photoshop. Yang ni pun ambil masa yang lama ye. Namun apa boleh buat, bersaba je la. Akhirnya saya pon berjaya buat. Alhamdulillah, sekian cerita daripada saya. Terima en Akmal dan rakan-rakan yang membantu menghasilkan kalendar ini.















BBN3402Satu2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER IKMAL 197345 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada semu...